Kata-Kata Aluan

Alhamdulillahhirabbil A’lamin Wabihi Nasta’n Waa’la Aalihi Wasahbihi Ajma’in. ‘Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu)-untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya: dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun, bagi orang-orang yang bertaubat’ (Al-Mulk- 2) Saya mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan Sekolah kerana telah berjaya menghasilkan buku ini yang menjadi panduan kepada warga SAIKHAD untuk merancang dan melaksanakan segala aktiviti pada 2015. Sebagai penjawat awam kita perlu banyak bersyukur atas segala nikmat Allah dan pihak kerajaan atas inisiatif dan insentif ini. Semoga transformasi perkhidmatan awam ini dapat meningkatkan produktiviti dan inovasi guru-guru. Di samping itu, guru-guru dapat dipupuk budaya ketepatan masa dan berprestasi tinggi, iaitu sentiasa bersegera, cekap, dan mesra pelanggan. Sebagai guru pada zaman yang mencabar ini, kita perlu berazam dan berusaha sedaya mungkin bagi menghadapi apa yang sebut sebagai Generasi Y, iaitu generasi yang 90% mempunyai komputer riba, 82% memiliki telefon bimbit, menerima atau menghantar SMS. Jadi, guru harus mengharungi zaman ini dengan bijak dan berhikmah. Guru harus menyahut dan merealisasikan transformasi dalam pendidikan. Apabila kita menyebut institusi sekolah, kita tidak boleh lari daripada mempersoal tentang peranan guru dan murid. Jadi, mengurus perubahan harus bermula di bilik darjah. Tranformasi perlu diiringi dengan perubahan strategi PdP dalam bilik darjah. Sejauh mana murid faham dan seronok belajar? Guru juga harus memupuk dan menjana perubahan sikap dan tingkah laku pelajar mengikut kehendak dan aspirasi negara. Akhirnya kita ingin melahirkan pelajar SAIKHAD sebagai Modal insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, berpersonaliti unggul, kemahiran berfikir tahap tinggi dan mengamalkan budaya tinggi. Guru yang berkualiti harus mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah, mengendalikan konflik, berfikir di luar kotak, kreatif dan inovatif. Dia perlu bersikap terbuka, positif, adil, amanah, jujur dan berani mengambil risiko. Guru juga perlu mempunyai hubungan yang luas, di peringkat nasional dan global. Mereka juga perlu mempunyai pengetahuan tentang ICT dan membuat kajian tindakan. Selain itu, guru perlu bersikap positif, optimis dan memaparkan emosi yang tenang, Akhirnya saya berharap guru guru dapat bekerja dengan kreatif, inovatif dan berkesan dalam membangunkan modal insan yang holistik.. Jadi, guru sekolah mempunyai impak yang tinggi ke atas pencapaian pelajar kerana pelajar adalah pelanggan kita. Tiada kita tiadalah pelajar. Semoga Allah SWT meredai dan memberkati usaha kita. Amin. Sekian, terima kasih.

Good luck Puteri Saikhad

Good luck Puteri Saikhad

Wednesday 30 September 2015

MAJLIS PELANCARAN AL-QURAN TULISAN TANGAN

Puan Juariah Bt Yunus Bekas Pengetua Saikhad telah memberi satu idea untuk membuat sebuah AL-Quran. Hasil tuliasan tangan ini dibuat oleh Ustaz Rasyidi dan bersama pelajar saikhad.

Pada 29 September 2015 (Selasa) sekolah telah mengadakan satu majlis pelancaran Al-Quran Tulisan Tangan bersama Imam Besar Masjid Al-Azim Datuk Haji Muhammad Bin Hashim dan Ustaz Hj Ahmad Hamizi Bin Abu Hassan Ketua Sektor Pendidikan Islam JPM. Perasmian dibuat oleh IMAM BESAR MAJLIS AL-`AZIM iaitu DATUK HAJI MUHAMMAD BIN HASHIM.

Hasil tulisan tangan AL-Quran yang telah dibukukan

Puan Juriah menunjukan hasil tulisan tangan Al-Quran




pemerimaan sijil sebagai perhargaan ustaz rasyidi menulis al-quran dengan tulisan tangan


bergambar bersama bekas Pengetua Saikhad sebagai kenang kenagan 




Sunday 13 September 2015

PROGRAM ICT BERSAMA K-EKONOMI

NAMA KURSUS : ADOBE FLASH (ANIMASI)
TARIKH : 05 SEPTEMBER 2015
TEMPAT : KELAS 1 SAODAH


USTAZAH BADARIAH TURUT MENYERTAI PRIGRAM ICT BERSAMA PELAJAR-PELAJAR

EN MOHD SHAHLAN MEMBERITAHU BAGAIMANA CARA PENGUNAAN ADOBE FLASH 

HASIL PELAJAR MEMBUAT RAMA-RAMA MENGGUNAKAN ADOBE FLASH

NAMA KURSUS : VIDEO EDITING
TARIKH : 05 SEPTEMBER 2015
TEMPAT : KELAS 1 KHADIJAH



CIKGU FARIDAH TURUT MENYERTAI PROGRAM ICT

PELAJAR SEDANG MENDENGAR BAGAIMANA PENGGUNAAN VIDEO EDITING

NAMA KURSUS :SKETCHUP 
TARIKH : 05 SEPTEMBER 2015
TEMPAT : BILIK ICT
EN SAFURUN MENERANGKAN PENGGUNAAN CARA MENGGUNAKAN SKETCHUP

HASIL PELAJAR MEMBUAT RUMAH MENGGUNAKAN SKETCHUP

PELAJAR SEDANG MENCUBA MEMBUAT RUMAH


NAMA KURSUS : PENYELENGGARAAN KOMPUTER
TARIKH : 05 SEPTEMBER 2015
TEMPAT : KELAS 1 AISHAH
EN HAIROL MENERANGKAN PENGGUNAAN KAMPUTER

USTAZ YUSOF TURUT MENYERTAI PROGRAM ICT