Kata-Kata Aluan

Alhamdulillahhirabbil A’lamin Wabihi Nasta’n Waa’la Aalihi Wasahbihi Ajma’in. ‘Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu)-untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya: dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun, bagi orang-orang yang bertaubat’ (Al-Mulk- 2) Saya mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan Sekolah kerana telah berjaya menghasilkan buku ini yang menjadi panduan kepada warga SAIKHAD untuk merancang dan melaksanakan segala aktiviti pada 2015. Sebagai penjawat awam kita perlu banyak bersyukur atas segala nikmat Allah dan pihak kerajaan atas inisiatif dan insentif ini. Semoga transformasi perkhidmatan awam ini dapat meningkatkan produktiviti dan inovasi guru-guru. Di samping itu, guru-guru dapat dipupuk budaya ketepatan masa dan berprestasi tinggi, iaitu sentiasa bersegera, cekap, dan mesra pelanggan. Sebagai guru pada zaman yang mencabar ini, kita perlu berazam dan berusaha sedaya mungkin bagi menghadapi apa yang sebut sebagai Generasi Y, iaitu generasi yang 90% mempunyai komputer riba, 82% memiliki telefon bimbit, menerima atau menghantar SMS. Jadi, guru harus mengharungi zaman ini dengan bijak dan berhikmah. Guru harus menyahut dan merealisasikan transformasi dalam pendidikan. Apabila kita menyebut institusi sekolah, kita tidak boleh lari daripada mempersoal tentang peranan guru dan murid. Jadi, mengurus perubahan harus bermula di bilik darjah. Tranformasi perlu diiringi dengan perubahan strategi PdP dalam bilik darjah. Sejauh mana murid faham dan seronok belajar? Guru juga harus memupuk dan menjana perubahan sikap dan tingkah laku pelajar mengikut kehendak dan aspirasi negara. Akhirnya kita ingin melahirkan pelajar SAIKHAD sebagai Modal insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, berpersonaliti unggul, kemahiran berfikir tahap tinggi dan mengamalkan budaya tinggi. Guru yang berkualiti harus mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah, mengendalikan konflik, berfikir di luar kotak, kreatif dan inovatif. Dia perlu bersikap terbuka, positif, adil, amanah, jujur dan berani mengambil risiko. Guru juga perlu mempunyai hubungan yang luas, di peringkat nasional dan global. Mereka juga perlu mempunyai pengetahuan tentang ICT dan membuat kajian tindakan. Selain itu, guru perlu bersikap positif, optimis dan memaparkan emosi yang tenang, Akhirnya saya berharap guru guru dapat bekerja dengan kreatif, inovatif dan berkesan dalam membangunkan modal insan yang holistik.. Jadi, guru sekolah mempunyai impak yang tinggi ke atas pencapaian pelajar kerana pelajar adalah pelanggan kita. Tiada kita tiadalah pelajar. Semoga Allah SWT meredai dan memberkati usaha kita. Amin. Sekian, terima kasih.

Good luck Puteri Saikhad

Good luck Puteri Saikhad

Thursday 29 January 2015

MERENTAS DESA 2015

Pada 28 Januari 2015 (RABU) , sekolah telah mengadakan aktiviti  kokurikulum iaitu aktiviti Merentaz Desa 2015. Aktiviti tersebuat telah diadakan pada sesi petang iaitu pada pukul  02.30-4.00 petang. Program ini telah dilancarkan oleh GPK Koku iaitu PUAN HASLIINA. 



Pelajar-pelajar Saikhad sedang membuat memanaskan badan sebelum memrentas desa bermula

para pelajar sedang memgambil cek point
Tahniah kepada Rumah merah Menang, telah memunggut markah yang banyak

Tuesday 20 January 2015

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015

Pada 19 Januari 2015 (Isnin) sekolah telah mengadakan Majlis Ceramah Maulidur Rasul yang dibuat di tapak perhimpunan SMA ASSAIYIDAH KHADIJAH.Majlis dimarahkan lagi dengan penceramah luar iaitu Dato' Haji Ahmad Mustafa Bin Abdul Karim dari Mantan Pengarah ILIM yang bertemakan "Nabi Muhammad SAW Sebagai Roll Model"




Warga Saikhad memberi cerderhati kepada Beliau sebagai penghargaan. Puan Juariah memberi sijil pengahargaan kepada pelajar-pelajar Saikhad