Kata-Kata Aluan

Alhamdulillahhirabbil A’lamin Wabihi Nasta’n Waa’la Aalihi Wasahbihi Ajma’in. ‘Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu)-untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya: dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun, bagi orang-orang yang bertaubat’ (Al-Mulk- 2) Saya mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan Sekolah kerana telah berjaya menghasilkan buku ini yang menjadi panduan kepada warga SAIKHAD untuk merancang dan melaksanakan segala aktiviti pada 2015. Sebagai penjawat awam kita perlu banyak bersyukur atas segala nikmat Allah dan pihak kerajaan atas inisiatif dan insentif ini. Semoga transformasi perkhidmatan awam ini dapat meningkatkan produktiviti dan inovasi guru-guru. Di samping itu, guru-guru dapat dipupuk budaya ketepatan masa dan berprestasi tinggi, iaitu sentiasa bersegera, cekap, dan mesra pelanggan. Sebagai guru pada zaman yang mencabar ini, kita perlu berazam dan berusaha sedaya mungkin bagi menghadapi apa yang sebut sebagai Generasi Y, iaitu generasi yang 90% mempunyai komputer riba, 82% memiliki telefon bimbit, menerima atau menghantar SMS. Jadi, guru harus mengharungi zaman ini dengan bijak dan berhikmah. Guru harus menyahut dan merealisasikan transformasi dalam pendidikan. Apabila kita menyebut institusi sekolah, kita tidak boleh lari daripada mempersoal tentang peranan guru dan murid. Jadi, mengurus perubahan harus bermula di bilik darjah. Tranformasi perlu diiringi dengan perubahan strategi PdP dalam bilik darjah. Sejauh mana murid faham dan seronok belajar? Guru juga harus memupuk dan menjana perubahan sikap dan tingkah laku pelajar mengikut kehendak dan aspirasi negara. Akhirnya kita ingin melahirkan pelajar SAIKHAD sebagai Modal insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, berpersonaliti unggul, kemahiran berfikir tahap tinggi dan mengamalkan budaya tinggi. Guru yang berkualiti harus mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah, mengendalikan konflik, berfikir di luar kotak, kreatif dan inovatif. Dia perlu bersikap terbuka, positif, adil, amanah, jujur dan berani mengambil risiko. Guru juga perlu mempunyai hubungan yang luas, di peringkat nasional dan global. Mereka juga perlu mempunyai pengetahuan tentang ICT dan membuat kajian tindakan. Selain itu, guru perlu bersikap positif, optimis dan memaparkan emosi yang tenang, Akhirnya saya berharap guru guru dapat bekerja dengan kreatif, inovatif dan berkesan dalam membangunkan modal insan yang holistik.. Jadi, guru sekolah mempunyai impak yang tinggi ke atas pencapaian pelajar kerana pelajar adalah pelanggan kita. Tiada kita tiadalah pelajar. Semoga Allah SWT meredai dan memberkati usaha kita. Amin. Sekian, terima kasih.

Good luck Puteri Saikhad

Good luck Puteri Saikhad

Monday 12 October 2015

HARI SUKAN NEGARA

Program ini telah dilaksanakan pada 10.10 .2015 (SABTU) sempenan Hari Sukan Negara.


Pelajar dan guru saikhad sedang bersenam dan bersemangat memanaskan badan








 Pengetua Saikhad Puan Hatina Bt Yaakob telah merasmikan program Hari Sukan Negara peringkat Sekolah

Barisan Pentadbiran turut mengikuti program tersebut

Barisan guru saikhad yang telah mengikuti program Hari Sukan Negara

Monday 5 October 2015

PERTANDINGAN ANUGERAH SURAU PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 02 Oktober 2015/18 Zulhijjah 1436H (Jumaat) - Sekolah telah mengikuti pertandingan ANUGERAH SURAU peringkat kebangsaan. Penilaian dibuat oleh Penel Penilai BPI bersama Panel-Panel yang lain.

Pegetua Sedang menerangkan tentang ukiran yang dibuat oleh pelajar-pelajar Saikhad


Panel Penilai sedang melihat al-Quran dari tulisan tangan Oleh Ustaz Rashidi dan bersama pelajar-pelajar Saikhad






BERGAMBAR SEBAGAI KENANGAN BERSAMA PEGAWAI PENILAIAN

Wednesday 30 September 2015

MAJLIS PELANCARAN AL-QURAN TULISAN TANGAN

Puan Juariah Bt Yunus Bekas Pengetua Saikhad telah memberi satu idea untuk membuat sebuah AL-Quran. Hasil tuliasan tangan ini dibuat oleh Ustaz Rasyidi dan bersama pelajar saikhad.

Pada 29 September 2015 (Selasa) sekolah telah mengadakan satu majlis pelancaran Al-Quran Tulisan Tangan bersama Imam Besar Masjid Al-Azim Datuk Haji Muhammad Bin Hashim dan Ustaz Hj Ahmad Hamizi Bin Abu Hassan Ketua Sektor Pendidikan Islam JPM. Perasmian dibuat oleh IMAM BESAR MAJLIS AL-`AZIM iaitu DATUK HAJI MUHAMMAD BIN HASHIM.

Hasil tulisan tangan AL-Quran yang telah dibukukan

Puan Juriah menunjukan hasil tulisan tangan Al-Quran




pemerimaan sijil sebagai perhargaan ustaz rasyidi menulis al-quran dengan tulisan tangan


bergambar bersama bekas Pengetua Saikhad sebagai kenang kenagan 




Sunday 13 September 2015

PROGRAM ICT BERSAMA K-EKONOMI

NAMA KURSUS : ADOBE FLASH (ANIMASI)
TARIKH : 05 SEPTEMBER 2015
TEMPAT : KELAS 1 SAODAH


USTAZAH BADARIAH TURUT MENYERTAI PRIGRAM ICT BERSAMA PELAJAR-PELAJAR

EN MOHD SHAHLAN MEMBERITAHU BAGAIMANA CARA PENGUNAAN ADOBE FLASH 

HASIL PELAJAR MEMBUAT RAMA-RAMA MENGGUNAKAN ADOBE FLASH

NAMA KURSUS : VIDEO EDITING
TARIKH : 05 SEPTEMBER 2015
TEMPAT : KELAS 1 KHADIJAH



CIKGU FARIDAH TURUT MENYERTAI PROGRAM ICT

PELAJAR SEDANG MENDENGAR BAGAIMANA PENGGUNAAN VIDEO EDITING

NAMA KURSUS :SKETCHUP 
TARIKH : 05 SEPTEMBER 2015
TEMPAT : BILIK ICT
EN SAFURUN MENERANGKAN PENGGUNAAN CARA MENGGUNAKAN SKETCHUP

HASIL PELAJAR MEMBUAT RUMAH MENGGUNAKAN SKETCHUP

PELAJAR SEDANG MENCUBA MEMBUAT RUMAH


NAMA KURSUS : PENYELENGGARAAN KOMPUTER
TARIKH : 05 SEPTEMBER 2015
TEMPAT : KELAS 1 AISHAH
EN HAIROL MENERANGKAN PENGGUNAAN KAMPUTER

USTAZ YUSOF TURUT MENYERTAI PROGRAM ICT

Thursday 9 July 2015

PERTANDINGAN MEMBUAT KAIN RENTANG SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI dan AGIHAN KURMA RAMADHAN

Pada 8 Julai 2015 (RABU) sekolah telah mengadakan satu pertandingan membuat kain rentang sempena AidilFitri. Kain rentang yang tercantik akan digantung dipagar sekolah SMA ASSAIYIDAH KHADIJAH 


Kain Rentang Yang di pilih sebgai Pemenang

Hasil Kain Rentang yang dibuat oleh pelajar-pelajar Saikhad. 


Puan Juariah bt Hj Yunus memberi kurma Ramdhan kepada barisan pentadbiran dan juga pelajar-pelajar Saikhad 





Pelajar-pelajar sedang membuat kain rentang dengan krativiti bersama


Tuesday 7 July 2015

PERTANDINGAN BUAT KAD RAYA 2015

Pada 3 Julai 2015, sekolah telah mengadakan satu aktivi membuat kad raya untuk dijadikan hiasan dan di berikan kepada Guru-Guru Saikhad.

 Pelajar-pelajar sedang membuat kad raya masing-masing dengan kreativiti dan idea yang kreatif




Ini lah hasil kard raya yang dibuat oleh pelajar-pelajat Saikhad dan di hiasi di lalu utama

Tuesday 30 June 2015

PELANTIKAN WATIKAH KEPIMPIMNAN SEKOLAH SAIKHAD

Pada 26 Januari 2015 (Isnin) sekolah telah mengadakan program pelantikan watikah kepimpinan kepada pelajar-pelajar Saikhad. Program tersebuat diadakan di tapak perhimpunan SMA ASSAIYIDAH KHADIJAH. Program Pelantikan Watikah Kepimpinan ini, telah dirasmikan oleh INS. SITI HAWA BINTI IBERAHIM

pelajar-pelajar saikhad sedang mendengar taklimat dan nasihat sebagai kepimpinan

 pelajar saikhad telah menerima sijil pelantikan kepimpinan


BARISAN PELAJAR YANG TELAH DILANTIK SEBAGAI KEPIMPINAN SEKOLAH 





Thursday 4 June 2015

PERKAMPUNGAN ILMU FASA 2

Taklimat PT3, SMA dan SPM bersama penceramah luar. Pada Hari SABTU dan AHAD













Wednesday 20 May 2015

PROGRAM SETIAP PAGI JUMAAT

Program solat Taubat,solat Hajat, dan solat Dhuha setiap pagi Jumaat bermula 7.40 pagi bersama pelajar dan Guru-guru.
Ustaz Haris memgimamkan solat 


guru dan pelajar turut serta solat berjemaah